Beautiful followers. Tq girls!

Thursday 31 October 2013

Review: Revlon Photoready mousse foundation

Assalamualaikum & salam jumaat semua readers,

Hari ni Atah nak share pasal satu produk yg dah lama ada kat pasaran, tp Atah baru try sbb dpt harga murah. Knp dpt harga murah? Keep on reading k girls :)

Mcm biasa, every tuesday, thursday & saturday, Atah akan berada di area Cheras Leisure Mall. So last tuesday, i was there just to have my lunch. Jalan2 ke area mall yg sebelah sana (take not this mall ada 2 seperated building linked by 2 bridges). Asalnya nak gi Guardian, skli tgk kat centre tu ada buat mcm jualan penghabisan stok aka Bargain Corner.

Pandangan dari Level 1. Bargain corner ni di Level LG.

Participating brands ialah Revlon, Silkygirl, In2it, Tanaka White & brand under Ginvera Marketing, Nano White & brand under Follow Me & few other brand. Atah terus sambar ke rak Revlon. Tgk2 ada lah Foundation yg Atah dah lama sgt nak gune tp sbb kekangan kewangan & rasa xperlu sbb dah ada MAC & Kryolan, so Atah tangguhkan niat Atah.

 Pandangan dari level G

 Ni produk under Follow me

Yg ni rak In2it

Foundation yg Atah maksudkan ialah Revlon Photoready Mousse foundation. Atah pakai Golden Beige. Klu kulit korang gelap sket, boleh pakai medium beige. Golden beige & medium beige ni sesuaila utk kulit org melayu. Klu cerah sket go for Nude ekk.

My Review:

1. Atah sapu foundie ni guna Real Technique Expert Face brush sbb senang nak buffing.

2. Hasilnya mmg flawless, sket jer gune dah tutup semua. Tp bintik2 hitam yg obvious taleh di cover klu sapu nipis, at least kene sapu a layer over.

Kelebihan:

1. Airbrush effect yg sgt flawless
2. Sesuai utk photoshoot

Kelemahan:

Pump nya agak sukar nak control. Takut klu tertekan lebih, terlebih sembur.

Harga: RM69 (tp sbb Atah beli kat bargain corner dpt la RM35 saja)

Rate: 3.5 / 5

Recommendation: I recommend this foundie as the result of airbrush effect

Repurchase: Yes, definately.

Ni haul Atah kat Bargain corner tu. Atas tu ialah foundation yg atah maksudkan :)

Tuesday 29 October 2013

For sale: Kryolan Foundation

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera all followers / readers,

Sementelah dengan kenaikan harga Kryolan Mei lepas, jadi Atah ingin membantu u'olls utk mendapatkan foundation Kryolan dengan harga yg berpatutan dalam bentuk repacking.


Kepada yg berminat utk membeli foundation Kryolan, boleh lah PM Atah either via email (atahtouch@gmail.com) or Whatsapp 0123577317.

Berikut ialah produk yang available:



1. Kryolan Dermacolor Camoflage Cream (Code availabe: D4, D4.5 & D5)
    Harga: RM33 (for 10 gram - bekas kecil spt dlm gmbr)
    Poslaju RM7 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak



2. Kryolan Dermacos Cream (Code availabe: D4, D4.5)
    Harga: RM32 (for 10 gram - bekas kecil spt dalam gambar)
    Poslaju RM7 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak



3. Kryolan Supracolor Foundation (Code availabe: FS38, FS36, NB & 4W)
    Harga: RM35 (for 10 gram- bekas kecil spt dlm gmbr)
    Poslaju RM7 Semenanjung, RM10 Sabah Sarawak


Monday 21 October 2013

Class makeup utk program TV

Assalamualaikum semua.

Selasa dah. Kejap je kan. N3 kali ni Atah nak citer pasal Atah berpeluang ikut Makeup Class utk mekapkan TV program. Class ni anjuran Giffarine Keramat. Thx sesgt kepada sis Aisyah Hanaffi yg drag Atah join class ni secara FOC atas ticket dier sbg ahli Giffarine :)

Instructor utk class ni ada 2 org. 1st instructor ialah encik Azmi. Beliau ni ialah official MUA utk TV Alhijrah.  Sebelum ni beliau ialah official MUA utk TV3. So dier la yg buat demo mekap sume. Skrg ni Giffarine dah jadi mekap penaja utk semua rancangan / berita under TV Al Hijrah, so all product yg digunakan menggunakan product Giffarine ni. Afterall, product Giffarine ni 100% dijamin halal mcm FCC & Flormar.

Ewah2, Atah promote Giffarine lelebih lak ek, pdhal bukan ahli pun. Actually Atah dah try 2 product kosmetik dier & Atah sgt puas hati. Product tu ialah Aquara Essence Spray & Crystalline Foundation Stick. Spray ni lebih kurang setting spray la. Mmg setanding Fix+ dari MAC tu. Yg foundation stick dier plak ke'flawless'an nye mmg spt TV paint stick kryolan. Tp dedua tu harga murah sgt. Bwh RM30 each. Hehehe.




2nd instructor pulak ialah Kak Anne. Kak Anne ni plak mmg kegemaran a few artis mcm Linda Onn & Azwan Ali. Beliau ni panel MUA utk rancangan RTM & juga official MUA utk TV Alhijrah. Previously pun official MUA utk Astro. Sama mcm Encik Azmi td. InsyaAllah ada rezeki lebih Atah akan join kak Anne utk rancangan TV Assalamualaikum utk mekapkan pengacara dier :)

Ok now Atah dah dpt ilmu tambahan which is cara nak mekap utk TV program. Selama ni tau mekap pengantin jer kan. Now melangkah setapak lagi. Harap2 rezeki dlm bidang ni akan bertambah luas. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Aminnnn

Jom layan gambar :)


Sunday 20 October 2013

Latest announcement :)

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera sayang-sayang semua.

Lately, mmg job mekap Atah kurang. Atah mmg akui. Sbb tu la jarang update blog. Tp Atah masih aktif di blog dan fanpage Atah.

Kpd sesiapa yang ingin menempah servis solekan utk hari bahagia anda tidak kiralah samada pertunangan, majlis merisik, nikah, persandingan (belah lelaki or perempuan) dan acara2 lain seperti konvo, kenduri kendara, dinner, anugerah, photoshoot dsb, boleh lah menghubungi Atah spt berikut:

1. Call / sms - 0193065569
2. Whatsapp / wechat - 0123577317
3. Email - atahtouch@gmail.com
4. Fanpage FB - click LINK INI

I am based in Sri Kundang, Rawang. Tp Atah cover all areas such as Gombak, Selayang, Rawang, Sg Buloh, Keramat, Shah Alam. Senang citer KL & Selangor la. Luar KL pun Atah pergi atas permintaan. :)

Sementelah job mekap yg agak kurang memberansangkan, Atah byk melakukan sponsor job utk tv & majalah lately, insyaAllah gambar akan dimuat naik satu persatu. So, utk memastikan blog ini tetap hidup, Atah akan menulis tentang beauty dan review tentang product kecantikan dan mekap.

Thx beautiful ladies.